Saturday 12 September 2015

Wanita yang boleh dicontohi dalam Islam

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim... 


“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”
“O Allah, I seek refuge in you from four things: Knowledge which does not profit, a heart which is not submissive, a soul which has an insatiable appetite, and a supplication which is not heard.“
SubhanAllah.. kerdilnya diri kita. Terlalu banyak kurangnya jika hendak dibandingkan dengan para wanita yang pernah berjuang dalam menegakkan Islam waktu dahulu. Kita di zaman ini memuja-2 para artis untuk dijadikan idola, sedangkan dari segi pemakaian, percakapan bahkan akhlak tidak pun boleh dicontohi, Hanya glamour atas dasar kecantikan atau mungkin suara yang lunak. Disini Hanny bawakan para-2 wanita yang boleh kita contohi dalam Islam. Jom kenal-2 dengan mereka :) 

1. Ramai manusia sudah melupakan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwailid. Dialah yang digelar Afifah Solehah (wanita suci). Seorang wanita yang sanggup berkorban segala kekayaannya untuk membantu dakwah Rasulullah SAW. Dialah yang paling pertama beriman, tanpa meragukan seruan Rasulullah SAW. Dialah wanita, yang menenangkan suaminya yang ketakutan tanpa memperlekehkan. Dialah wanita, yang tegar bertahan susah senang bersama suaminya, sehingga nyawa ditarik ALLAH SWT. Bayangkan, dia adalah seorang yang kaya raya, hartawan, tetapi sanggup dipulau bersama Rasulullah SAW selama 3 tahun 3 bulan dan makan pucuk kayu sahaja hingga pecah-pecah mulut.

2.Ramai juga terlupa dengan Fatimah Az-Zahrah binti Rasulullah SAW. Dialah yang bertahan di sisi Rasulullah SAW ketika ayahandanya itu diseksa teruk. Tanpa kecewa, tanpa rasa hendak berputus asa, dia sentiasa membantu ayahandanya yang sering disakiti. Tangannya yang bersih dan suci itulah yang mencuci najis yang dibalingkan ke tubuh ayahandanya. Tangannya yang suci itulah yang membersihkan segala luka ayahandanya. Seorang wanita yang tabah, kuat menempuhi segala dugaan.

3.Ramai yang telah terlupa akan seorang wanita bernama Asiah. Dia adalah isteri kepada Firaun yang menentang Musa. ALLAH telah menjadikan bicara lembutnya menyelamatkan Musa AS dari dibunuh Firaun. ALLAH juga menjadikan dia antara yang beriman dengan seruan Musa AS. Malah, ALLAH telah merakamkan namanya di dalam Al-Quran, dan menjanjikan kepadanya syurga atas balasan ketabahannya dalam mengharungi hidup bersama Firaun dan menerima segala seksaannya dalam mengekalkan deen ISLAM dalam dirinya.

4.Ramai pula yang tidak tahu berkenaan Masyitah. Dia adalah tukang penyisir rambut anak Firaun. Beriman kepada ALLAH SWT dan Nabi Musa, kemudian keimanannya diketahui oleh Firaun. Akhirnya dia bersama suami, serta anaknya yang masih bayi telah dicampakkan ke dalam kuali penuh minyak mendidih. Walaupun nyawa di hujung tanduk, imannya tidak tergadai, malah terjun dengan penuh keyakinan. Masyitah mati syahid mempertahankan imannya dari digadai.

5.Ramai juga yang telah terlupa kepada Si Suci Maryam, ibu kepada Isa AS. Sang Perawan itu menjaga dirinya, mengabdikan diri dalam bilik yang terkunci, ALLAH memuliakannya dengan memilih Zakaria as sebagai penjaga. Maryam yang suci inilah dipilih ALLAH untuk mengandungkan Isa AS. Apabila dia melahirkan Isa AS dan ditohmah dengan pelbagai dugaan, dia bergantung kepada ALLAH, dan bersangka baik atas segala apa yang berlaku ke atasnya. Akhirnya anaknya Isa AS boleh berbicara dan menyeru manusia sedari buaian.

6.Siapakah yang hendak mencontohi Nusaibah RAH? Ketika Perang Uhud, Nusaibah keluar memberi minum kepada pasukan Muslimin yang kehausan dan merawat mereka yang mendapat luka. Apabila tentera Islam menjadi terdesak dan lari dari medan perang, cuma ada seratus orang sahaja yang tetap bertahan dan Nusaibah adalah salah seorang yang menghunuskan pedang serta memakai perisai bagi melindungi Rasulullah dari diserang musuh. Kesungguhan Nusaibah melindungi Rasulullah begitu hebat, hinggakan Rasulullah berkata, Aku tidak menoleh ke kiri dan ke kanan kecuali melihat Ummu Imarah (Nusaibah) berperang dihadapanku. Ketika itu, anaknya Abdullah luka parah ditikam musuh. Dia mengikat luka anaknya lalu berkata, Bangun wahai anakku. Anaknya itu terus bangun dan melawan tentera musuh. Rasulullah yang melihat peristiwa itu bersabda. Wahai Ummu Imarah, siapakah yang mampu berbuat seperti mana yang engkau lakukan? Ketika tentera musuh yang menikam anaknya itu menghampiri, Rasulullah berkata kepadanya, Ini dia orang yang telah melukakan anakmu. Nusaibah menghampiri orang itu dan menikam betisnya dengan pedang. Ya, Ummu Imarah! Engkau berjaya membalasnya, kata Rasulullah sambil tersenyum melihat kesungguhan Nusaibah hatta Rasulullah SAW pun bersorak untuknya.

7.Siapakah yang mengingati Ummu Imarah ini? Siapakah pula yang hendak menjadi seperti Ummu Sulaim? Dia berkahwin dengan Abu Talhah dengan mahar iman. Abu Talhah seorang kafir ketika itu, jatuh hati kepada Ummu Sulaim yang masih muslim. Ummu Sulaim berkata: Jika hendak mengahwiniku, maka maharnya adalah iman. Maka islamlah Abu Talhah. Sehingga ada sahabat yang berkata, Aku belum pernah melihat seorang wanita sama sekali yang lebih mulia maskawinnya dibandingkan dengan maskawin Ummu Sulaim. Malah, dia mentarbiyyah suaminya, sehingga suaminya menjadi seorang sahabat yang komited. Siapa yang tidak kenal dengan Abu Talhah? Dialah yang menyambut semua panahan yang ditujukan kepada Rasulullah SAW, pada hari Uhud dengan belakang tubuhnya. Lihatlah bagaimana Ummu Sulaim mentarbiyyah suaminya? Adakah lagi isteri yang sebegitu hari ini? Siapakah pula yang mengingati isteri kedua Rasulullah SAW, Ummu Salamah? Bagaimana cerdiknya dia, bijaknya dia sehinggakan dia menjadi penasihat yang baik kepada Rasulullah SAW. Ketika peristiwa Perjanjian Hudaibiyyah, apabila Rasulullah mengarahkan semua sahabat-sahabatnya menyembelih haiwan dan bercukur rambut, tiada seorang pun yang bangkit menyahut arahannya. Rasulullah SAW hairan, lantas kembali ke khemah, lalu berkata di hadapan Ummu Salamah, Kenapakah berlaku begitu? Ummu Salamah berkata, Jangan kau hiraukan mereka, cukurlah rambutmu, dan sembelihlah haiwanmu Bila Rasulullah SAW melakukan, semua sahabat mengikuti.

8.Siapakah pula yang hendak mencontohi isteri Rasulullah SAW, Aisyah RA? Ketika peristiwa Hadith Ifki (kisah rekaan) berlaku, menumpahkan fitnah ke atasnya, mengotorkan namanya, dia tetap teguh, yakin kepada ALLAH SWT. Tiada sebentar pun dia bersangka buruk kepada ALLAH SWT bila ditimpa dugaan. Siapakah pula yang mengingati Asma binti Abu Bakr? Dia digelar Zat An-Nitaqain kerana mengoyakkan tali pinggangnya kepada dua untuk membawa makanan kepada Rasulullah SAW dan bapanya Abu Bakr RA ketika persembunyian di Gua Thur. Dialah juga yang dilempang oleh Abu Jahal sehingga tercabut subang di telinganya, kerana tidak mahu memberitahu posisi Rasulullah SAW dan bapanya ketika hijrah. Dialah juga yang mentarbiyyah anaknya, Abdullah Ibn Zubair RA, sehingga menjadi seorang sahabat Rasulullah SAW yang berani.

9.Siapakah pula yang ingat kepada Khansa? Dia mempunyai empat orang anak. Dia mentarbiyyah empat orang anaknya dengan baik. Apabila mendapat seruan jihad, dihantarnya anaknya yang sulung. Anak sulungnya syahid. Dihantar pula yang kedua. Yang kedua juga syahid. Dihantar pula yang ketiga. Yang ketiga juga syahid. Begitu jugalah juga dia menghantar anaknya yang keempat, dan yang keempat itu pun syahid. Akhirnya dia menangis. Orang berkata, Khansa kesedihan kerana kehilangan semua anaknya Tetapi tahukah kalian apakah jawapannya? Diamlah kalian, sesungguhnya aku bersedih kerna aku tidak punya anak lagi untuk dihantar berjihad di jalan ALLAH Wahai perempuan hari ini, siapakah antara kamu yang mengingati mereka? Wahai lelaki hari ini, siapakah antara kamu yang mengenang mereka? Wahai ummah, hari ini perempuan mana yang kamu puja dan puji?

Oh masyarakat, hari ini perempuan bagaimana yang kamu sanjungi? Oh perempuan, hari ini perempuan mana yang kamu ikuti dan contohi? Oh lelaki, hari ini perempuan yang bagaimana kamu gila-gilai untuk jadikan isteri? Siapa? Sesungguhnya perempuan-perempuan dalam lipatan sirah ini telah dilupakan. Mereka sememangnya perempuan-perempuan yang telah dilupakan. Sedangkan pada diri mereka, terdapat kemuliaan yang tiada tandingan. Dan hari in mari kita teringatkan perempuan-perempuan itu. Dan berusaha menjadi seperti mereka :) SubhanAllah :)

Pengalaman Pakai Purdah ^^

“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”

“O Allah, I seek refuge in you from four things: Knowledge which does not profit, a heart which is not submissive, a soul which has an insatiable appetite, and a supplication which is not heard.“
Assalamualaikum, Alhamdulillah..  Akhirnya dapat juga update blog  > , <   > , <  lama rasa tak sentuh laptop. Cuti sem yang hampir 2 bulan pun tak mampu nak hapdet sebab laptop rosak, motherboard rosak katanya.. nak repair kemain mahal lagi. Sampai RM300+. Ni alhamdulillah berkat rezeki, dapat juga update. 
Hari ni nak cerita pasal pengalaman.. banyak sangat pengalaman.Tapi first sekali nak sentuh tentang pengalaman pakai purdah untuk disharekan kat adik comel yang komen tu. Lupa pula nama, assifah ya! Alhamdulillah, Hanny pakai purdah masa mula-2 sekali pakai, tak ada apa tentangan. Family terima dengan hati terbuka sebab memang dah pernah nyatakan hasrat nak hijrah. Tapi bahagian selesa, agak terganggu sikit sebab sebelum ni feel free je kat muka kan, nak makan pun sumbat je. Tapi bila berpurdah agak sukar, nak suapkan makanan.. Yang Hanny ingat, masa tu first time Hanny nak balik Sungai Buloh dari Johor naik bas. Ha tu paling jauh setakat ni, biasalah tak bawa kenderaan. Naik bas tingtong (bas tambang) dari U sampai terminal bas Batu Pahat, baru naik bas. Panas tau! Kalau kat rumah senang nak gi mana naik kereta kan. Kalini kena berdikari.agak mencabar.. panas bahang dan masa tu Hanny pakai purdah kain koshibo. Berpeluh juga la bahagian dalam purdah. So niqabis please pilih kain yang anda selesa pakai dan tak panas. Hanny prefer chiffon georgette :)
Bab makan, memang mencabar. Sebenarnya boleh je tapi orang sekeliling akan fokus ke kita. Maybe sebab nak tengok kita makan camana. Tapi siapa je yang selesa kan bila diperhati :D pernah Hanny decide tak nak makan kat luar, so setiap kali keluar dengan family Hanny order air je, makanan bungkus. Ataupun makan siap-2 kat rumah. Tapi sebenarnya tak ada masalah pun kalau geng niqabis nak buka niqab semasa makan. Sumber Ustaz Azhar Idrus, purdah ni sunat. Kalau tak selesa nak makan dengan purdah, diharuskan buka. Islam tu Mudah :) Tapi bagi niqabis yang nak abadikan muka untuk yang tertentu sahaja, boleh biasakan diri makan gunakan niqab. Ada tekniknya :) InshaaAllah niat baik Allah permudahkan. Kuatkan Hati positifkan diri :D 
Contoh cara makan semasa berpurdah. Selak sikit kain. Kalau ragu bawa spare niqab ya! Takut terkena sisa makanan ^^
100% ehsan google.



Alhamdulillah, selesai bab makanan. Kita move kepada percakapan. Yes, percakapan orang sekeliling terutama sanak saudara yang lain. Atau mungkin jiran tetangga dan sahabat handai. Itu adatlah, yang penting kita kena kuat. Takde apa yang mudah dalam dunia, terutama hijrah, aktiviti dakwah. Kalau ada orang cakap bukan-2. Jangan down ye! Ambil positif saja :) Memang akan ada orang cakap-2 pasal kita, takpun palitkan kita dengan masa lalu yang jahil-2 tu dengan kita yang dah berubah sekarang. Hanny tak nak cerita sangat tentang ni, tapi mostly akan berlaku kat sesiapa yang nak berhijrah. Kuatkan hati ^^ yang penting mulut kita pun kena jaga, jangan orang cakap-2 then kamu sama naik dengan dorang :D sabar ya!
Emm rasanya cukup setakat ni perkongsian Hanny, rasanya pengalaman pakai purdah tak lah sesukar mana. Mungkin sebelum hijrah perlu siapkan hati n mentaliti. Cuba open minded bila orang tegur. Ikhlaskan hati :) sekian saja lah rasanya :D
ASSALAMUALAIKUM ^^

Saturday 25 April 2015

Kisah Aisyah :')

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim... 


“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”
“O Allah, I seek refuge in you from four things: Knowledge which does not profit, a heart which is not submissive, a soul which has an insatiable appetite, and a supplication which is not heard.“
Syukur ALHAMDULILLAH, kerana masih di kurniakan iman dan taqwa di dalam diri ini. semoga hari-hari yang mendatang akan betambah keimanan kepada ALLAH. Di sini, saya ingin berkongsi tentang kisah isteri kepada Rasullullah s.a.w iaitu Saiditana Aisyah r.a.


Kisah hidup Saidatina Aisyah r.a. telah membuktikan bahawa wanita mampu menguasai bidang keilmuan mengatasi kaum lelaki serta mampu menjadi pendidik kepada para ilmuan dan pakar-pakar pelbagai bidang. Kehidupan beliau juga menjadi bukti kemampuan wanita dalam mempengaruhi pandangan masyarakat, baik lelaki mahupun perempuan, serta membekalkan sumber inspirasi and kepimpinan yang mantap. Wanita yang kaya dengan pekerti tinggi,lemah lembut serta sopan santun ini juga telah membawa kebahagiaan dan ketenangan hati yang tidak putus kepada suaminya.


Saidatina Aisyah r.a. bukan seorang graduan dari mana-mana universiti memandangkan belum wujud lagi institusi sedemikian pada ketika hayat beliau seperti yang ada sekarang. Namun begitu, lafaz ucapan beliau menjadi bahan kajian dalam bidang sastera, fatwa- fatwa syariah yang beliau keluarkan dikaji di institusi-instusi perundangan, hidup dan hasil pengkajian beliau diteliti oleh para mahasiswa dan pendidik dalam pengkajian sejarah Islam sejak seribu tahun yang lalu.
Khazanah pengetahuan yang dimiliki Saidatina Aisyah r.a. diperoleh sejak beliau masih seorang kanak-kanak. Pada usia mudanya, Aisyah r.a. dibesarkan oleh bapanya, seorang Muslim yang dihormati dan disegani ramai lantaran ketinggian ilmunya, kelembutan budi pekertinya serta peribadinya yang disegangi ramai. Tambahan pula, beliau sahabat yang paling rapat dengan Rasulullah s.a.w. serta merupakan pengunjung setia ke rumah Rasulullah s.a.w. sejak zaman awal kerasulan baginda.

Semenjak beliau muda, Aisyah r.a. yang terkenal dengan paras rupanya yang menawan serta daya ingatan yang kuat, diletakkan di bawah jagaan Rasulullah s.a.w. sendiri. Sebagai isteri serta pendamping baginda Rasulullah, Aisyah r.a. berpeluang menimba ilmu pengetahuan dari baginda sehingga ke tahap yang tidak mungkin ditandingi oleh wanita-wanita lain.

Aisyah r.a. menjadi isteri Rasulullah s.a.w. di Mekah di sekitar usia beliau mencecah sepuluh tahun, namun hanya mula menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri setelah tahun kedua Hijrah, iaitu ketika usia beliau sekitar empatbelas hingga limabelas tahun. Pada waktu sebelum dan selepas pernikahan beliau, Aisyah r.a. tetap mempamerkan kegirangan serta sifat semulajadi seorang kanak-kanak. Beliau seidkit pun tidak teruja dengan statusnya sebagai isteri kepada seorang Nabi Allah yang begitu disanjungi dan dikasihi oleh para sahabat. Ini termasuklah kedua ibubapa Aisyah sendiri yang menumpukan sepenuh kasih saying serta hormat mereka kepada Rasulullah s.a.w. berbanding orang lain.

Berkenaan pernikahan beliau kepada Rasulullah s.a.w., Aisyah r.a. menceritakan, sejurus sebelum beliau ditetapkan meninggalkan rumahnya, beliau telah keluar ke halaman rumah untuk bermain-main dengan rakannya yang sedang berlalu di situ:“Aku sendang bermain di atas jungkang-jungkit dan rambutku yang panjang telah menjadi kusut” kata beliau. “Mereka datang mendapatkan ku dari permainan ku lalu menyiapkan ku.”

Saidatina Aisyah r.a. dipakaikan pakaian pengantinnya yang diperbuat dari sutera halus berjalur merah dari Bahrain. Seterusnya beliau dibawa oleh ibunya ke rumahnya yang baru siap dibina serta disambut oleh wanita-wanita Ansar di muka pintu. Mereka manyambutnya dengan ucapan “Demi kebaikan dan kebahagiaan dan semoga diiringi kesenangan.” Dalam kehadiran baginda Rasulullah yang sedang tersenyum lembut, semangkuk susu dibawa kepada mereka. Rasulullah s.a.w. minum darinya lalu memberikan susu itu kepada Aisyah. Aisyah dengan segan silu menolak pelawaan Rasulullah itu. Namun apabila Rasulullah sekali lagi menyuruh Aisyah minum dari semangkuk susu itu, Aisyah pun berbuat demikian. Seterusnya mangkuk itu diberikan kepada kakak beliau, Asma, yang berada di sisinya serta diedarkan kepada mereka yang hadir di situ. Itulah keraian yang menandai pernikahan baginda Rasulullah dengan saidatina Aisyah yang dijalankan dalam penuh kesederhanaan.

Status beliau sebagai isteri Rasulullah s.a.w. tidak merubah sifat riang Aisyah sebagai seorang kanak-kanak. Rakan-rakan beliau sering berkunjung ke rumah untuk bermain-main dengannya.

‘Sedang aku bermain dengan permainanku,’cerita Saidatina Aisyah r.a.,’bersamaku ada kawan-kawanku, dan datang baginda Rasulullah kepadaku, lalu mereka akan keluar meninggalkanku, akan tetapi Rasulullah keluar mendapatkan rakan-rakanku itu dan membawa mereka kembali kerana baginda senang denganku bermain dengan mereka.’ ‘Kadangkala baginda berkata, “Tinggal di situ, wahai Aisyah,” dan sebelum sempat rakan-rakanku meninggalkanku, baginda akan turut serta dalam permainan kami’. Kata Aisyah r.a. ‘Suatu hari, baginda Rasulullah datang ketika aku sedang bermain-main dengan anak patungku, dan baginda berkata, “Wahai Aisyah, permainan apakah ini?” “Inilah kuda-kuda Sulaiman,” kata ku dan baginda pun tertawa.’ Ada ketika apabila baginda pulang ketika Aisyah sedang bermain dengan rakan-rakannya, baginda Rasulullah akan berselindung di sebalik jubahnya agar tidak mengganggu Aisyah dan rakan-rakan beliau yang sedang bermain.

Detik-detik awal kehidupan Aisyah r.a. di Madinah turut melalui saat-saat yang mencabar. Pada suatu ketika, bapa beliau bersama dua orang sahabat yang tinggal bersamanya ketika itu telah diserang demam panas yang sering melanda Madinah pada musim-musim tertentu. Ketika Aisyah menziarahi bapanya, beliau terkejut melihat ketia-tiga orang lelaki itu sedang terlantar dalam keadaan tenat dan lemah. Aisyah bertanyakan khabar bapanya itu namun jawapan yang diberi bapa beliau tidak dapat difahami. Dua orang sahabat yang sedang tenat itu juga mengeluarkan baris-baris puisi yang difikirkan Aisyah hanyalah ratapan seorang yang sedang sakit tenat. Saidatina Aisyah berasa gusar lalu pulang menceritakan peristiwa itu kepada baginda Rasulullah s.a.w.:

‘Mereka maracau-racau, tidak keruan, disebabkan demam panas itu,’ Kemudian Rasulullah bertanya kepada Aisyah apa yang diperkatakan oleh bapanya serta dua orang sahabat yang sedang sakit tadi. Baginda berasa lega setelah Aisyah mengulangi setiap apa yang dikatakan oleh mereka walaupun kata-kata itu belum mampu difahami oleh Aisyah sendiri. Peristiwa ini menggambarkan daya ingatan Aisyah yang begitu kuat yang bakal memainkan peranan penting dalam meriwayatkan hadith-hadith baginda Rasulullah s.a.w.

Di kalangan isteri-isteri baginda di Madinah, Aisyah nyata sekali merupakan kesayangan Rasulullah s.a.w. Dari masa ke semasa, salah seorang sahabat baginda akan bertanya,:

‘Wahai Rasulullah, siapakah yang paling kau sayangi di dunia ini?’ Jawab baginda sering berbeza-beza kerana baginda begitu mengasihi anak-anak serta cucu-cucunya, sahabat baginda Abu Bakar, Ali, Zaid serta anak beliau Usamah. Namun di kalangan isteri baginda yand sering disebut hanyalah Aisyah. Aisyah sendiri begitu mengasihi baginda Rasulullah serta sering meminta kepastian tentang kasih baginda terhadapnya. Pernah suatu ketika Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimanakah kasihmu terhadapku?’

‘Seperti ikatan simpulan tali,’ jawab baginda yang bermaksud kasihnya itu kuat dan kukuh. Lalu pada waktu-waktu seterusnya Saidatina Aisyah r.a. akan bertanya kepada Rasulullah, ‘Bagaimana keadaan simpulan itu?’ dan jawab baginda ‘Demi Allah, masih sama (kukuh)’.

Begitu kasihnya Aisyah kepada baginda Rasulullah sehinggakan lahir rasa cemburu dan tidak berpuas hati sekiranya perhatian Rasulullah dicurahkan kepada orang lain melebihi dirinya sendiri. Aisyah bertanya kepada baginda,:

‘Wahai Rasul Allah, katakan sendiri padaku. Sekiranya engkau berada di antara dua lembah, yang satunya tidak pernah diragut rumputnya sedangkan yang satu lagi sudah pernah diragut rumputnya, dimanakah akan engkau lepaskan ternakkanmu?’

‘Di lembah yang rumputnya belum pernah diragut,’ jawab Rasulullah. ‘Namun begitu,’kata beliau ‘aku tidaklah seperti isteri-isterimu yang lain. Setiap orang dari mereka pernah mempunyai suami yang lain sebelum mu kecuali diriku.’ Rasulullah hanya tersenyum tanpa berkata apa-apa. Cerita Aisyah lagi tentang sikap cemburunya itu:

‘Aku tidak mencemburui isteri-isteri Rasulullah yang lain sebagaimana aku mencemburui Khadijah, disebabkan baginda sering menyebut-nyebut nama Khadijah serta telah diperintahkan Allah untuk menyampaikan berita gembira kepada Khadijah tentang mahligainya di syurga yang bertatahkan permata. Setiap kali baginda Rasulullah membuat sembelihan, pasti akan diberikan sebahagian daripada daging sembelihan itu kepada teman-teman rapat Khadijah. Berkali-kali pernah ku katakan kepada baginda, “Seolah-olah tidak pernah ada wanita lain di dunia in selain Khadijah,”

Pernah suatu ketika Aisyah mengadu tentang sikap Rasulullah yang begitu memandang tinggi terhadap ‘seorang wanita tua Quraisy’, baginda berasa tersinggung lalu berkata: ‘Dialah isteri yang mempercayai diriku sedangkan orang lain menafikan diriku. Sedangkan orang lain mendustai ku, dia meyakinkan kebenaranku. Sedang aku dipulaukan, dia membelanjakan segala harta kekayaannya untuk meringankan beban sengsara ku.’

Walaupun Aisyah memiliki sifat cemburu yang sebenarnya tidak membawa kepada keburukan, beliau sesungguhnya seorang yang amat pemurah dan penyabar. Beliau mengharungi kehidupan yang serba kekurangan bersama isteri-isteri Rasulullah yang lain. Beliau tidak betah hidup tanpa sesuap makanan pun dalam jangka waktu yang panjang. Berhari-hari lamanya dapur rumah beliau tidak berasap dan beliau hidup bersama Rasulullah di atas buah tamar dan air semata-mata. Hidupnya yang miskin tidak membawa sebarang tekanan atau memalukan Aisyah r.a.; hidup berdikari tidak mengganggu cara hidup beliau walau sedikit pun.

Pernah suatu ketika, Rasulullah telah memutuskan perhubungan dengan isteri-isteri baginda sehingga sebulan lamanya. Ini disebabkan mereka meminta sesuatu yang Rasulullah tidak mampu berikan. Peristiwa ini berlaku selepas peperangan di Khaibar dimana kemenangan umat Islam membawa harta rampasan serta membuahkan keinginan terhadap harta kekayaan. Setelah kembali dari beruzlah, baginda Rasulullah pertama sekali menuju ke rumah Aisyah. Beliau begitu gembira melihat baginda telah kembali, namun Rasulullah mengkhabarkan kepadanya tentang penerimaan wahyu yang menyuruh baginda memberikan Aisyah dua pilihan. Baginda seterusnya membacakan ayat :

“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu: “Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya kuberikan kepadamu mut’ah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian menghendaki (keredhaan) Allah dan Rasulnya-Nya serta (kesenangan) di negeri akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa yang berbuat baik diantaramu pahala yang besar.” (al-Ahzab 28-29)

Jawab Aisyah:
‘Sesungguhnya aku memilih Allah dan RasulNya dan kehidupan di akhirat,’ dan jawabnya itu disetujui isteri-isteri baginda yang lain.

Beliau setia terhadap pilihannya itu sepanjang hidupnya bersama Rasulullah dan begitu juga setelah kewafatan baginda. Apabila umat Islam dilimpahi harta kekayaan yang banyak, beliau pernah dihadiahkan seratus ribu dirham. Walaupun ketika itu beliau sedang berpuasa dan hidup dalam kekurangan, seluruh pemberian itu disedekahkan kepada fakir miskin. Sejurus selepas itu, seorang pembantu rumahnya bertanya, ‘Bolehkan engkau menggunakan satu dirham untuk membeli daging buat berbuka puasa?’

‘Jika aku terfikirkan hal ini tadi, pasti aku sudah melakukannya,’ jawab Aisyah r.a. Kasih sayang Rasulullah terhadap Aisyah berkekalan sehingga akhir hayat baginda. Ketika baginda sedang nazak, baginda telah pulang ke rumah Aisyah atas izinisteri-isteri baginda yang lain. Kebanyakan masa baginda hanya terlantar di katil dengan kepala baginda di atas pangkuan Aisyah. Saiditina Aisyah telah meminta kayu siwak dari abangnya (or adik lelaki?) serta mengunyah kayu siwak itu untuk melembutkannya lalu diberikan kepada Rasulullah. Walaupun sudah berkeadaan tenat, baginda menggosok gigi baginda dengan bersungguh-sungguh. Tidak lama kemudian, baginda jatuh pengsan dan tidak sedarkan diri dan Aisyah melihat itu adalah tanda-tanda ajal baginda telah sampai. Namun sejam kemudian, baginda kembali membuka mata.

Aisyahlah yang menyaksikan dan menyampaikan kisah saat-saat akhir sebelum kewafatan insan mulia ini, kekasih Allah moga dilimpahi rahmatNya.

Setelah baginda sedar kembali, Aisyah mengingati Izrail telah berkata kepadanya: ‘Tidak seorang Nabi itu diambil nyawanya melainkan dia telah ditunjukkan tempatnya di syurga serta diberikan pilihan samada untuk hidup atau mati,’

‘Baginda tidak akan memilih untuk bersama kita,’ kata Aisyah pada dirinya. Kemudian Aisyah terdengar baginda berkata, ‘Demi pertemuan agung di syurga, demi hamba-hambanya yang dilimpahi rahmatNya, para Nabi, para syuhada’ dan orang-orang yang beriman….’ Dan sekali lagi beliau terdengar baginda berkata ‘ya Tuhanku, demi pertemuan agung di syurga…’ Inilah kata-kata terakhir baginda yang didengar oleh Saidatina Aisyah r.a. Sedikit demi sedikit, kepala Rasulullah semakin berat di pangkuan Aisyah, sehinggalah sahabat-sahabat yang lain mula menitiskan air mata. Lalu Aisyah meletakkan kepala Rasulullah di atas bantal dan turut serta menangisi permergian baginda.

Di lantai rumah Aisyah, berhampiran tempat pembaringan Rasulullah ketika baginda sedang nazak, sebuah kubur digali dan di situlah bersemadi jasad penutup segala Nabi, di kala umatnya sedang dalam kegelisahan dan kesedihan yang mendalam.

Aisyah hidup selama hampir lima puluh tahun setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Sepuluh tahun hidup beliau sebagai isteri Rasululluah. Sebahagian besar waktu itu diluangkan dengan mempelajari dua sumber penting petunjuk Allah, iaitu al-Quran dan sunnah Rasulullah. Tiga orang daripada isteri-isteri Rasulullah yang menghafaz al-Quran, dan salah seorang daripadanya adalah Aisyah r.a.(di samping Ummu Salamah dan Hafsah). Seperti Hafsah, Aisyah juga mempunyai salinan al-Quran yang ditulis setelah kewafatan Rasulullah.

Berkenaan dengan hadith baginda Rasulullah, Aisyah merupakan salah seorang daripada empat orang sahabat (termasuk Abu Hurairah, Abdullah ibn Umar dan Anas Ibn Malik) yang meriwayatkan lebih dua ribu hadith. Kebanyakan hadith-hadith ini berkaitan amalan-amalan peribadi Rasulullah yang hanya mampu diketahui oleh Aisyah r.a. Satu aspek penting berkenaan hadith yang diriwayatkan Aisyah ialah hadith-hadith tersebut disampaikan dalam bentuk tulisan oleh, antara lainnya, anak saudara beliau, Urwah ibn az-Zubair yang merupakan salah seorang ulama’ terkenal di kalangan tabi’in.

Ramai di kalangan sahabat Rasulullah dan pengikut-pengikut mereka yang menimba dari ilmu pengetahuan Aisyah r.a. Abu Musa al’Ashari pernah berkata: ‘Sekiranya kami di kalangan sahabat Rasulullah menghadapi kemusykilan, maka akan kami bawa kepada Saidatina Aisyah r.a.’

Urwah ibn az-Zubair menegaskan bahawa Aisyah bukan sahaja arif dalam bidang fiqh, bahkan juga dalam bidang tibb(perubatan) dan syair. Ramai di kalangan sahabat baginda Rasulullah turut merujuk kepada Aisyah berkenaan masalah pewarisan harta yang memerlukan kemahiran tinggi dalam bidang matematik. Para ulama menganggap Saidatina Aisyah sebagai salah seorang ahli fuqaha Islam terawal di samping Umar Ibn al-Khattab, Ali dan Abdullah ibn Abbas. Kata baginda Rasulullah tentang dalamnya pengetahuan Aisyah dalam Islam; ‘Pelajarilah sebahagian daripada agamamu dari al-Humaira’,’Al-Humaira, atau ‘si merah’ adalah nama panggilan Rasulullah kepada Saidatina Aisyah r.a.

Saidatina Aisyah r.a. bukan sahaja memiliki ketinggian ilmu pengetahuan, bahkan turut memainkan peranan penting dalam proses pendidikan dan pembentukan masyarakat ketika itu. Sebagai seorang guru, beliau memiliki lisan yang jelas dan menarik hati serta kelancaran bertutur kata beliau digambarkan dengan begitu tinggi oleh al-Ahnaf: ‘Aku pernah mendengar ucapan dari Abu Bakar dan Umar, dari Uthman dan Ali serta para khulafa’ hingga ke hari ini, tetapi belum pernah aku mendengar ucapan yang lebih indah dan lebih menarik hati dari mulut seorang pun melainkan Aisyah r.a.’

Manusia dari segenap pelusuk tanah Arab telah pergi menemui Aisyah untuk mempelajari ilmu yang dimilikinya. Dikatakan lebih ramai bilangan wanita daripada lelaki yang datang untuk menimba ilmu daripada beliau. Di samping menjelaskan kemusykilan orang ramai, beliau turut mengambil anak-anak kecil, ada di kalangan mereka yatim piatu, untuk dibesarkan dan dilatih di bawah bimbingannya sendiri. Di samping itu juga terdapat saudara-saudara beliau yang mendapat bimbingan yang sama. Dengan demikian, rumah Saidatina Aisyah r.a. dijadikan sekolah dan sebuah institusi pengajian.

Ada di kalangan anak-anak didikan Aisyah yang cemerlang di bawah pimpinan beliau. Sudah disebut sebelum ini tentang anak saudara lelaki beliau iaitu Urwah ibn az-Zubair sebagai salah seorang perawi hadith terkemuka. Di antara pelajar wanita didikan Aisyah ialah Umrah binti Abdur Rahman. Umrah dianggap oleh para ulama’ sebagai seorang perawi hadith yang thiqah dan dikatakan bertindak sebagai setiausaha Aisyah r.a dalam menerima dan menjawab surat-surat yang diterima Aisyah. Peranan Aisyah dalam menggerakkan proses pendidikan terutamanya bagi kaum wanita seharusnya dijadikan contoh ikutan.

Selepas Khadijah al-Kubra (yang hebat) dan Fatimah az-Zahra (yang menawan), Aisyah as-Siddiqah (yang membenarkan) dianggap sebagai wanita terbaik dalam Islam. Dari keteguhan peribadinya, beliau menjadi seorang pakar dalam setiap bidang pengetahuan, dalam masyarakat, politik bahkan peperangan. Beliau sering menyesali penglibatannya dalam peperangan namun dibarkahi dengan umur yang panjang berpeluang membetulkan kedudukannya sebagai wanita paling dihormati sewaktu hayatnya. Beliau kembali ke rahmatullah dalam bulan Ramadhan pada tahun kelima puluh lapan selepas Hijrah. Atas arahan beliau sendiri, jasadnya disemadikan di Jannat al-Baqi di Madinah al-Munawwarah, di kalangan sahabat baginda Rasulullah s.a.w.

KISAH ZINNIRAH :')

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim... 


“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”
“O Allah, I seek refuge in you from four things: Knowledge which does not profit, a heart which is not submissive, a soul which has an insatiable appetite, and a supplication which is not heard.“
Alhamdulillah.. tak mampu nak berbicara panjang, cuma amat-2 mengagumi Srikandi Islam, Zinnirah. Mesti ada yang tak tahu kan? Jum baca ^^ copy paste je tapi kesedaran tu yang penting. Jum muslimah-2 baca. Kisah wanita yang buta, tapi celik hatinya. Allahuu ;'(
Wanita mithali ini bukanlah terkenal kerana kecantikan atau kebangsawanan. Dia memang tidak memiliki kecantikan atau kekayaan. Dia hanyalah seorang hamba kepada Umar al-Khattab sebelum keislamannya namun dia memiliki aqidah tauhid yang menebal pada zaman penentangan Islam. Biarpun fizikal wanita ini diseksa dengan berbagai-bagai kesakitan, penderitaan & kesusahan tetapi hatinya tetap kepada Allah S.W.T. Dia menerima penyeksaan itu walaupun tubuhnya hancur akibat pukulan demi pukulan, sepakan terajang & hantukan. Namun, demi Islam dia tidak akan menyerah kalah.
Zinnirah, begitulah indah namanya, mungkin tidak ramai yang tahu kisah ketabahan & keagungan cintanya kepada Allah S.W.T. Wanita ini tidak punya ijazah, tidak terkenal di dunia, tidak mempunyai harta apalagi memiliki pangkat yang besar. Namun, Allah S.W.T memuliakan dan memberi penghormatan yang tinggi kepadanya.
Dunia dan segala isinya bukan lagi matlamat. Sekalipun dilonggokkan emas sebesar Bukit Uhud, dia tidak akan menukar aqidah yang telah bertunjang di hatinya. Menurut riwayat islam, Zinnirah adalah di antara org yang awal memeluk Islam.Zaman awal Islam penuh cubaan. Sesiapa yang memeluk Islam, tidak seorang pun bebas daripada pelbagai penderitaan, kecaman, kata nista dan penindasan. Zinnirah mengalami itu semua. Wanita berbangsa Rom ini telah ditawan dan dijual di Kota Makkah. Kemudian Umar al-Khattab membelinya dengan harga yang murah utk dijadikan hamba, seterusnya menjadi tawanan tuannya.
Pada peringkat awal, Zinnirah cuba menyembunyikan pengislamannya daripada diketahui oleh Umar. Dia melakukan ibadah ketika org lain tiada di rumah atau pada waktu tengah malam ketika org lain sedang nyenyak tidur. Namun, lama kelamaan amalan solehahnya dapat dicium oleh musuh.
Sudah tentu org yang paling marah ialah tuannya sendiri iaitu Umar. Siapakah yang tidak kenal dengan Umar al-Khattab yang terkenal dengan sikap kejam, bengis, ganas, garang, tidak berhati perut, tidak berperikemanusiaan itu. Umar terus menampar Zinnirah, menendang, mengikat kedua belah kai tangan Zinnirah. Kemudian, dijemur di tgh panas mentari. Bayangkanlah antara seksaan yang dihadapinya. Sungguh panas padang pasir pada waktu siang dan terlalu sejuk pada waktu malam, badannya dihempap dengan batu besar dan 1001 macam penyeksaan yang diterimanya.
Dalam keperitan fizikal, Zinnirah masih mampu menguntum senyuman. Hatinya tidak putus-putus mengucapkan " Allah, Allah, Allah, Allahu Akbar, Allah lah yang Maha Besar ". Dan hatinya berbisik, " Ini untuk-Mu wahai Tuhan, aku membeli kesusahan ini utk mendapat kesenangan di akhirat ". Begitulah ungkapan katanya yang menjadi penawar utknya.
Kemuncak penyeksaan yang diterima oleh Zinnirah ialah matanya dicucuk dengan besi tajam dan akhirnya gelaplah seluruh pandangan. Hatinya masih mampu berbisik," Tuhan, walau aku dibunuh mati, aku lebih rela daripada menjual agama-Mu ini Tuhan. Semakin aku diuji, semakin terasa kehebatan dan keagungan-Mu Tuhan. Panahan cinta dari-Mu itulah makin menguatkan diri ini utk menerima apa shj. Cuma satu permintaanku, berilah petunjuk kepada org yang menyeksaku ini.
Ternyata doa org teraniaya ini makbul. Akhirnya Umar memeluk Islam setelah mendapat hidayah Allah S.W.T melalui adiknya, Fatimah. Malah Saidina Umar menjadi sahabat yang tergolong Khulafa Arrasyidin...Sifat pembengisnya bertukar menjadi lembut, garang bertukar kepada pemaaf, bakhil bertukar pd pemurah,tidak berhati perut kepada bertimbang rasa, gila dunia kepada gila akhirat.
Kembali kepada Zinnirah, walaupun matanya buta utk melihat alam maya tapi hatinya tidak buta utk menerima cahaya kebenaran Islam. Pandangan hati boleh menembusi pandangan zahir. Apabila melihat keadaan Zinnirah, org-org Quraisy cuba mempermain-mainkannya. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana menerima laknat dari Tuhan mereka iaitu, latta dan Uzza.
Zinnirah menolak penghinaan itu. Baginya kedua berhala itu tiada sedikitpun kena mengena dengan matanya. Dia cuba meyakinkan mereka bahawa masalah buta itu adalah datang daripa Allah S.W.T. Maka Allahlah yang berkuasa mengembalikan pancainderanya seperti biasa.
Berlakulah sedikit kekecohan, org-org Qurais mencabar Zinnirah kerana mempertahan dirinya. Umar pula sudah berhenti menyeksa kerana bosan melihat ketabahan hatinya.
Hambanya tidak mahu sedikitpun berganjak daripada keimanan kepada Allah S.W.T. Tiada siapa yang boleh menolak ketentuan Tuhan. Apabila Allah S.W.T mengambil sekejap nikmat mata, kemudian memulangkannya semula kepada Zinnirah. Allah S.W.T menggantikannya dengan mata yang lebih baik. Zinnirah boleh melihat seperti biasa, lebih terang daripada matanya yang asal. Demikianlah pertolongan Allah S.W.T kepadanya bagi menguatkan lagi keimanannya. Tidak lama kemudian, Saiyidina Abu Bakar datang menyelamatkan Zinnirah dengan membelinya dengan harga tinggi. Terselamatlah dia daripada menjadi penindasan org-org kafir.
Di antara sifat wanita yang solehah ini, dia sentiasa merasa Allah S.W.T memerhatikan dirinya, setiap detik dan saat. Apabila nafsunya mengajak berbuat sesuatu perkara yang mungkar, segera pula hatinya bertindak balas dengan mengatakan Allah S.W.T Maha Melihat. Nafsu yang mahu berbuat segera ditepis dengan katanya," wahai nafsu mengapa engkau tidak takut dengan neraka?".
Hati Zinnirah sentiasa terpimpin, begitu juga dengan akhlaknya. Hasilnya, hati dan jiwa merasa aman daripada kongkongan hawa nafsu. Kemerdekaan jiwa inilah yang diperolehi oleh Zinnirah, wanita yang tidak terkenal di dunia tetapi terkenal di langit.
Marilah kita berazam dengan membulatkan sepenuh pengharapan memohon pada Allah S.W.T supaya sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah. Sekiranya diuji dengan pelbagai dugaan biarlah hati kita setabah Zinnirah. Biarlah iman kita sekuat dirinya. Biarlah hati kita terus celik...inilah idola kita, Zinnirah....

Mengapa ??

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim... 


“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”
“O Allah, I seek refuge in you from four things: Knowledge which does not profit, a heart which is not submissive, a soul which has an insatiable appetite, and a supplication which is not heard.“
SESUNGGUHNYA, SATU AGAMA YANG ALLAH REDHA ADALAH ISLAM :)
Alhamdulillah, setelah sekian lama menyawangkan blog ini bersawang, siap ade lipas kot tadi, terpaksa halau guna cursor ni.  K hanny punchline terlampau, hahaha. Bukan apa la, lama sangat tak updet kan. Rindu jugala. Bizi je manjang, cuti sem pun bizi dengan assignment *tak buat sgt pun sbenarnya* nak tunjuk betapa bizinya kat situ kan. Walaupun cuti tapi assignment tak cuti tau. And apa yang penting, bila duk rumah memang takde mase, takde mase nak jadi rajin hahahahahaha. Buat assignment pun alaa alaa kadar je, selebihnya menikmati cuti dengan family. Sesekali balik, takkan kena sibukkan diri. Family first ^^ so bebel panjang2 pun tarak berguna jua, jum baca artikel bawah ni, yang mana *tetiba formal* hanny jadi naqibah untuk satu usrah ni. Hanny pilih tajuk mengapa ni. sebab asyik cite pasal aurat pasal pergaulan je, kesedaran diri takde takboleh gak. Jumm baca jumm! Baca dengan hati tau <3 fe feeling sikit baru ada rasa umphh disitu cehh. k dah hanny -.-'
Soalan : Kenapa ya ada raaaamaiiiiii orang yang ikut usrah, masuk group islamik sana sini, whatsapp, facebook, blog, bahkan surau dan masjid. tapi?? TAK BERUBAH JUGAK!
Sebenarnya kan.. Tarbiah ni ada 3 bahagian secara ringkasnya :
  • Tarbiah Jam'iyyah (Tarbiah beramai - ramai)
    Contoh: Usrah, katibah, daurah dan yang sewaktu dengannya ^^
  • Tarbiah Fardiah (Tarbiah seseorang kepada seseorang yang lain)
    Contoh: Naqib/ah kita datang personal kat kita, atau ada orang yang datang tegur dan bimbing kita face to face, personal.
  • Tarbiah Dzatiah (Tarbiah diri kita kepada diri sendiri)
    Contoh: Amal fardhu kita, pembacaan kita dan segala gala amal yang kita buat untuk diri kita.
Antara 3 ni, sebenarnya Tarbiah Dzatiah adalah penentu, sama ada kita jadi orang yang hebat dalam tarbiah atau tak . Hmm acuu kita bayangkan!  Kalau kita just harapkan tarbiah jam'iyyah dan fardiah untuk jadi baik, mustahil kot. Kenapa? tak caye ? okay jom.. jom kita tengok, lihat, dan selidik betul2 !

Katakan, usrah setiap minggu sekali. Katibah biasa lah, start lepas magrib. Campur-campur dok ada dalam 15 jam. Tu pun KALAU kita datang. Riadah setiap minggu sekali dalam 3 jam, sebulan jadi 12 jam. Ditambah program-program umum dan sebagainya, kasi extra ++ lagi 5 jam. Dannn... masa yang kita luang untuk pegang anak buah (bagi yang jadi naqib/ah), tambahlah lagi 12 jam.

Jadi kalau tambah-2:
12 + 15 + 12 + 5 + 5 + 12= 61 jam

Sebulan pula ada 720 jam.
61 / 720 x 100% = 8%

huhhh? bermakna, kita pergi usrah selama ni, kita baru guna 8% jam kita untuk agama. Itupun ramai tak dapat bagi komitmen. Baru 8% ya syeikhhh..! Takkan itu pun tak mampu dan nak bagi alasan?
Lagi 92% jam adalah masa kita dengan diri sendiri, Tarbiah Dzatiah. Kalau kita guna 92% jam tu untuk tarbiah diri kita, qiam, baca quran, zikir kepada Allah, tingkatkan pembacaan buku-buku fikrah, solat jemaah 5 waktu, tinggalkan maksiat dan sebagainya, maka bolehlah berubah jadi lagi baik. Sebab tu, kita boleh tengok, ramai je yang ikut usrah tapiii kenapa, kenapa dan mengapaa dia tak berubah berubah lagi. Kerana, dia guna 92% waktunya untuk perkara sia-sia.

Muhasabahlah,...

Dahla 8% tu pun kita datang tak datang. 92% lagi buat benda merapu.
Adakah kita ni LAYAK masuk SYURGA dengan pengorbanan yang amat memalukan ini?
ALLAHU.. :'( 

Sekian, semoga bermanfaat.

Saturday 7 March 2015

* 33 Ciri-Ciri Gadis Muslimah *

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim... 


“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”
“O Allah, I seek refuge in you from four things: Knowledge which does not profit, a heart which is not submissive, a soul which has an insatiable appetite, and a supplication which is not heard.“
Alhamdulillah. ada lagi benda nak dikongsikan :D ni hanny dapat dari kumpulan usrah. jadi hanny takmau cakap panjang lah. sebab nanti yang panjangnya semua sembang belaka. orang endun kata Omong Kosong ajaa sihh. ok dah!
antara ciri-2 gadis muslimah: 
  • Solat tepat waktu.
  • Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  • Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti 'Bismillah'.
  • Alhamdulillah, Allahuakbar, SubhanAllah dan lain-lain zikir.
  •  Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan sehariannya.
  • Bercakap dengan rendah suara.
  • Lembut dan halus tingkah lakunya.
  • Tutur bicara yang senang didengari, a.k.a tanpa ada kata lucah/ sumpah seranah.
  • Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  • Rambut, leher, dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki yang bukan muhrim, serta mereka yang bukan Islam.
  • Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  • Pandai mngambil hati orang tua.
  • Menghormati dan taat kepada ibubapa.
  • Kesayangan keluarga dan tetangga.
  • Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang Tua.
  • Sentiasa berkuku pendek bagi menyempurnakan wudhu'.
  • Rambut tidak diwarnakan.
  • Banyak dan murah senyuman.
  • Banyak mendengar dari bercakap.
  • Senyuman adalah ketawanya.
  • Tidak ketawa terbahak-bahak, mengilai.. hehe *melampau*
  • Suaranya tidak lantang dan jarang didengari lelaki bukan muhrim.
  •  Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan yang penting, bagi mengelakkan fitnah.
  • Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat, dan mengeji, supaya tidak dikira bersubahat.
  • Tidak menghebohkan kedukaan hatinyadab menyembunyikan kesedihannya.
  • Menerima dugaan Allah dan kafarah dosanya.
  • Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang laindan juga orang yang menganiayanya.
  • Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf
  • Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangan nya.
  • Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  • Sayangkan dan kasihankan binatang peliharaan seperti kucing, arnab dan sebagainya.
  • Suka kepada alam sekitar.
  • Menitikberatkan aurat yang dianggap remeh. Seperti tumit kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung lengan 'handsocks' dan stoking
Perfect kan? apa lagi. Jum usaha jadi muslimah yang terbaik. InshaaAllah :) hidup ni sementara je. Susah sikit tak apa, sebab yang nak dikejarkan tempat kita di akhirat nanti. Jangan sebabkan alpa kita terhadap perkara remeh, sorang perempuan tempatnya dineraka. uhh taknak-taknak. saya sayang kaum saya ^^ moga bermanfaat! Assalamualaikum.

S.A.H.A.B.A.T

Assalamualaikum.. Bismillahirrahmanirrahim... 


“Ya ALLAH, sesungguhnya aku berlindung kepada Mu dari Ilmu yang tidak bermanfaat, dan hati yang tidak khusyu’, dan dari jiwa yang tidak pernah puas dan dari do’a yang tidak terkabulkan.”
“O Allah, I seek refuge in you from four things: Knowledge which does not profit, a heart which is not submissive, a soul which has an insatiable appetite, and a supplication which is not heard.“
Alhamdulillah.. hampir seminggu tak update dengan blog ni. Too busy dengan lab lah, assignment dan sebagainya. hidup student kan? paham je la. hehe.. terkenang-2 nak bercerita lagi daalam blog ni. Banyak betul topik masa seminggu tu, tetiba ni dapat typing dia lupa and blur pulak nak karang apa. aduhhaiii.. hahahaha.. hari ni nak cerita pasal sahabat.
Sebenarnya, tak pernah terpikiaq pon nak panggil ni sahabat. Selalunya kan, kita panggil kawan, bestfrend forever, till jannah dan sebagainya. Tapi ada sorang makhluk kejam sangat pulak panggil makhluk :D ok tukar, Hamba Allah ni, dia namakan benda ni sebagai Sahabat. dan hanny tertarik dengan perkataan 'sahabat' ni. Sebabnya lain dari yang lain. Biasa kita dengar zaman-2 Rasulullah dulu, suka laa gelarkan sahabat kan kat rakan-2 Baginda. So hanny nak aplikasikan dalam kehidupan seharian hanny. Kot-2 la boleh share kan :)
Al-kisahnya bermula macam ni.. masa tu hanny tidor agak lewat lah. dan hamba Allah ni, kalau tak silap hanny, dia tanya apa hanny buat kalau tak leh tido memalam gini. Atau, apa amalan hanny sebelum tdo. ha lebih kurang lah. hanny tak berapa ingat pulak dialog sebeno. Hanny pun jawab la, kalau tak leh tido.. Hanny amalkan zikir, sampai tertido. Contoh! selalu baring pejam mata, tapi xleh lena. kejap pusing kanan, kejap toleh kiri. kejap kepala hujung katil, kejap kepala bawah katil *okay ni melampau* hahaha. senang cite tak leh tdo. paksa mata pejam tahap jurulatih PLKN suruh kawad pun tak jadi apa gak. Kalau ikut saintifik *cehh, bila dak bio sembang* hahahaha, anda yg ada simptom ni mengalami anaemia, perlu diingatkan anaemia bukan sejenis kuih mahupun western food ye? anaemia sejenis penyakit, penyakit sukar tidur malam. huhh, formal beno gaya cakap. hahaha
So, hanny rasa hanny salah sorang 'pesakit' ni tapi tak gi pun klinik ;D cam tak perlu je. walaupun tidur yang cukup tu, memang perlu kan. sejak form 2 tak silap hanny begini. So ape kena ngenanya SAHABAT dengan anaemia ni jahh? nak cite la ni. hehe. suatu malam tu hanny gi tidur umah tok. masa nak tidur, tengok tok pegang tasbih, sambil pejam mata, sambil tangan gerakkan biji tasbih. sambil mulut terkumat kamit. jadi sebagai cucu yang manja lagi caring ni, hanny tanya la tok.
'tok, awatnya position tok begini? seram any'
tapi tok hanny wat duno. selamba dia tertido. okay fine, esok hanny tanya ag. 
'Tok, awatnya semalam tok pegang tasbih.. boleh ke tido camtu?'
so jawapan tok, sebab dia susah nak tido, lagipun katanya, dia dah tua. setiap masa tu berharga untuk dia buat amal ibadat. so hanny simpulkan, alang-2 nak tido tu, tapi tak leh tdo. bolehla cuba amalan tok ni.. dapat pahala lagi. hanny pun amalkan gni, tdo sambil pegang tasbih. Alhamdulillah mudah nak tdo. Tasbih tu jangan sebelum tido je, bila dah mula mcmni, start la amal setiap kali pas solat. setiap kali ada masa free. kalau boleh hanny nak capai 1000x tasbih.. tengah cuba ni. jadikan amalan. banyak syafaat.. 
YaAllah. lupa nak gitau, hehe. tasbih tu la sahabat hanny. sahabat dunia akhirat. sebab apa gelarkan sahabat? sebab masa susah senang tasbih ni ada dengan kita. walaupun takleh berkata-2 *cehh* walaupun takleh wat apa-2. sekurang-2nya, bila kita amal tenang je hati ni. sebab tu lah sahabat sy si Hamba Allah tersebut gelarkan tasbih ni sahabat. Selain Al-Quran. Al-Quran jangan lupa ekk! tu sahabat pertama, ni sahabat tambahan gitu :D tambahan amalan kita. pemberat timbangan pahala kita diakhirat. Tulah gunanya sahabat. am I right? :) Assalamualaikum ^^

Ni la sahabat Hanny ^^ cute kann ? ngeh-2 saja nak tunjuk. Anda bila lagi??